Kesalahan yang sering berlaku pada iklan-iklan di Malaysia.
ABDULLAH BIN ABDUL KADIR MUNSYI
Tuesday, 6 October 2015
Wednesday, 30 September 2015
TOKOH BAHASA
TOKOH BAHASA
ABDULLAH BIN ABDUL KADIR MJUNSYI
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi ( 1796 – 1854 ) telah menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 bertajuk Syair Singapura Terbakar. Abdullah Munsyi bukan sekadar memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu tersebut melalui karya kesusasteraan malahan juga beliau menyedari betapa pentingnya buku nahu bahasa Melayu.Namun, baginya, nahu sesebuah bahasa bukanlah dapat menyelesaikan seratus peratus masalah bahasa. Hal ini lebih nyata apabila nahu sesuatu bahasa dikaji oleh orang asing yang bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu, dan tujuan membuat kajian tersebut bukanlah berdasarkan ilmu melainkan kerana kepentingan tertentu.
Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke dalam bahasa Melayu.Itulah sebabnya beliau mengatakan, “Sebermula hendaklah engkau ketahui, janganlah tersalah faham. Maka jikalau ada nahu bahasa Melayu itu nescaya meringankan pekerjaan sahaja gunanya, jangan engkau sangkakan boleh menjadi pandai dalam pekerjaan karang-mengarang.Maka sungguhpun diletakkan hukumannya maka ada juga lagi beberapa perkataan yang tiada menurut hukum itu. Umpamanya, jikalau seratus hukum itu barangkali tujuh puluh sahaja yang masuk dalam hukum itu, dan yang tiga puluh itu di luarnya.’
Di samping itu, jika kita bandingkan bahasa Melayu sebelum zaman Abdullah dan bahasa yang digunakan oleh Abdullah nyatalah ada perkembangannya. Perhatikan bahasa yang terdapat di dalam petikan yang berikut ini, “Bahawa ini Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir munsyi kepada tarikh sanat 1253 tahun. Maka bahawa sesungguhnya kepada tahun ini adalah barang saudagar-saudagar orang Cina dan orang Yahudi yang duduk dalam negeri Singapura, kira-kira sepuluh dan dua belas orang, telah member sambutan dagangan kepada Cina sampan pukat empat buah, kira-kira empat lima puluh ribu ringgit banyaknya, akan dibawanya ke negeri Pahang dan Terengganu dan Kelantan, Patani dan Senggora.
Perkembangan bahasa Melayu yang diperlihatkan oleh Abdullah adalah sebagai ‘menciptakan perkataan-perkataan atau ungkapan baru dalam bahasa Melayu untuk mempercakapkan hal-hal atau benda-benda baru yang timbul kerana pertemuan antara kebudayaan Timur dan Barat’. Perkembangan bahasa yang dibawa oleh Abdullah tidaklah menghairankan kerana ia mendapat pendidikan Inggeris manakala sasterawan sebelumnya ramai yang mendapat pendidikan Arab.
Karya-karya Abdullah ialah Syair Singapura Terbakar (1830), Hikayat Kalilah dan Daminah ( terjemahan Tamil,( 1835 ), Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri ( 1837 ),Dawail-Kulub ( 1838 ), Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan ( 1838 ), Hikayat Abdullah ( 1843 ), dan Kisah Pelayaran Abdullah Ke Jedah ( 1854 ).
Tuesday, 29 September 2015
FORMULA KARANGAN UMUM
Pada hari ini ,saya telah mendapat ilmu baru tentang bagaimana cara untuk menguasai karangan bahagian B(kertas 1)iaitu dengan cara memilih karangan terbuka.Hal ini demikian kerana,skop karangan terbuka yang luas saya dapat mengisi pelbagai idea serta dapat menghuraikannya dengan lebih terperinci dan berkesan manakala karangan tertutup dengan skop yang kecil saya hanya tertumpu dengan satu tajuk sahaja.
Contoh: Karangan terbuka
- Bincangkan secara kritikal isu buli dalam kalangan remaja.
Contoh Karangan tertutup
- Nyatakan faktor-faktor berlakunya gejala sosial di negara kita.
- Nyatakan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh remaja untuk memajukan diri demi mencapai kejayaan dalam kehidupan.
- Nyatakan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu.
Monday, 28 September 2015
AKU MEMBACA LAGI (RAZALI MOHD. YUSSOF)-Suhaidah dan Dayang
Aku mendongak lagi
membaca garis dan titik
menaakuli kebesaran-Mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung
kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu
Aku mendongak lagi
membaca langit
didalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur
Aku membaca lagi
kutemui
bulan dan bintang menangis
meratapi luka nasib bangsa
Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa melayuku
yang berdarah
(dipetik daripada Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul;Dewan bahasa dan Pustaka,halaman 6)
SOALAN 1:
1) Berikan maksud rangkap kelima sajak Aku Membaca Lagi.
2) Pada pendapat anda,apakah cara yang boleh dilakukan supaya bahasa melayu dapat keluar daripada fasa berdarah atau terus kekal sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan?
3)Kemukakan dua persoalan yang terdapat dalam rangkap-rangkap sajak di atas.
SOALAN 2:
1)Apakah maksud baris:
Aku mendongak langit
menitis air mata langit
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah
2)Pada pendapat anda,apakah kesan penggunaan bahasa rojak ?
3)Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak.
Saturday, 26 September 2015
EKONOMI NEGARA
Saturday, 26 September 2015
Malaysia perlu bina daya tahan tempuhi ketidaktentuan ekonomi - Zeti
Malaysia perlu membina kekuatan serta daya tahan sendiri bagi membolehkannya menempuhi ketidaktentuan yang berlaku di China serta Amerika Syarikat (AS).
Ketika berkongsi pandangannya, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata sebahagian besar faktor yang menjejaskan ringgit adalah disebabkan perkembangan ekonomi di peringkat global.
"Kadar faedah Rizab Persekutuan AS misalnya kekal pada paras sifar sejak tujuh tahun lepas dan ramai yang mengharapkan ia akan dinaikkan. Ini yang turut menyumbang kepada pengukuhan dolar AS.
"Perkembangan luaran seperti inilah yang menjejaskan negara-negara termasuk Malaysia yang bersifat terbuka," katanya.
Beliau berkata demikian pada Forum Perkembangan Terkini Ekonomi Malaysia 2015 anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), di sini, hari ini."China kini menseimbangkan semula aktiviti untuk membolehkan ekonominya mampan. Jika China tidak melakukan usaha penyusunan semula ini, kita akan lebih goyah pada masa depan," tegasnya.
Merujuk perkembangan dalam negara, Zeti menjelaskan, pemulihan ringgit akan bergantung kepada perkembangan ekonomi.
Dalam satu wawancara baru-baru ini, Gabenor BNM itu menegaskan penyusutan ringgit bukanlah sesuatu yang unik untuk Malaysia kerana kira-kira 120 mata wang global turut susut berbanding pengukuhan dolar AS.
Mengenai isu membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau berkata bank pusat itu telah menyelesaikan bahagiannya dalam siasatan berhubung pelanggaran kelulusan dana pelaburan strategik itu dan laporan berkenaan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
Sementara itu, mengulas perkara sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berpendapat, kerajaan perlu mengemukakan penyelesaian holistik untuk membolehkan 1MDB pulih sebanyak mungkin daripada asetnya.
"Saya rasa apa yang berlaku, sudahpun berlaku. Ada proses yang sewajarnya untuk menyelidiki apa yang berlaku. Beberapa siasatan turut dilakukan baik di peringkat Parlimen mahupun agensi," katanya.
Menurut Abdul Wahid, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga akan diselaraskan semula pada sesi Parlimen akan datang untuk meneruskan serta menyelesaikan siasatannya terhadap 1MDB.
Ketika berkongsi pandangannya, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata sebahagian besar faktor yang menjejaskan ringgit adalah disebabkan perkembangan ekonomi di peringkat global.
"Kadar faedah Rizab Persekutuan AS misalnya kekal pada paras sifar sejak tujuh tahun lepas dan ramai yang mengharapkan ia akan dinaikkan. Ini yang turut menyumbang kepada pengukuhan dolar AS.
"Perkembangan luaran seperti inilah yang menjejaskan negara-negara termasuk Malaysia yang bersifat terbuka," katanya.
Beliau berkata demikian pada Forum Perkembangan Terkini Ekonomi Malaysia 2015 anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), di sini, hari ini."China kini menseimbangkan semula aktiviti untuk membolehkan ekonominya mampan. Jika China tidak melakukan usaha penyusunan semula ini, kita akan lebih goyah pada masa depan," tegasnya.
Merujuk perkembangan dalam negara, Zeti menjelaskan, pemulihan ringgit akan bergantung kepada perkembangan ekonomi.
Dalam satu wawancara baru-baru ini, Gabenor BNM itu menegaskan penyusutan ringgit bukanlah sesuatu yang unik untuk Malaysia kerana kira-kira 120 mata wang global turut susut berbanding pengukuhan dolar AS.
Mengenai isu membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau berkata bank pusat itu telah menyelesaikan bahagiannya dalam siasatan berhubung pelanggaran kelulusan dana pelaburan strategik itu dan laporan berkenaan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
Sementara itu, mengulas perkara sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berpendapat, kerajaan perlu mengemukakan penyelesaian holistik untuk membolehkan 1MDB pulih sebanyak mungkin daripada asetnya.
Menurut Abdul Wahid, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga akan diselaraskan semula pada sesi Parlimen akan datang untuk meneruskan serta menyelesaikan siasatannya terhadap 1MDB.
Dipetik daripada Berita Awani:
Bernama | September 21, 2015 19:59 MYT
Bernama | September 21, 2015 19:59 MYT
Subscribe to:
Posts (Atom)